Kehidupan Si Tiada Nama Sejarah_agama_Buddha

Rencana utama: Tiada nama

Menurut tradisi Buddha, Siddharta Gautama dilahirkan daripada puak Sakya pada awal masa Magadha (546324 SM), di sebuah kota, selatan pergunungan Himalaya yang bernama Lumbini. Sekarang kota ini terletak di Nepal sebelah selatan. Beliau juga dikenali dengan nama Sakyamuni (harfiah: "orang bijak daripada kaum Sakya").

Setelah kehidupan awalnya yang penuh kemewahan di bawah perlindungan ayahnya, Raja Kapilavastu (kemudian hari digabungkan dengan kerajaan Magadha), Siddharta melihat kenyataan kehidupan sehari-hari dan menyimpul bahawa kehidupan nyata, pada hakikatnya adalah kesengsaraan yang tak dapat dihindari. Siddharta kemudian meninggalkan kehidupan mewahnya yang tak berertinya lalu menjadi seorang zahid. Kemudian ia berpendapat bahawa bertapa juga tak ada ertinya, lalu mencari jalan tengah antara kehidupan berfoya-foya yang terlalu memuaskan hawa nafsu dan kehidupan zahid yang terlalu menyeksa diri.

Di bawah sebuah pokok ara suci (Ficus religiosa), sekarang dikenali sebagai pokok Bodhi, ia berikrar tidak akan meninggalkan tempat duduknya sehingga ia menemukan Kebenaran. Pada usia 35 tahun, ia mencapai Makrifat. Pada saat itu, ia dikenali sebagai Gautama Buddha, atau hanya "Si Buddha" saja, sebuah perkataan Sanskerta yang bererti "ia yang sedar" (dari kata budh+ta).

Untuk 45 tahun selanjutnya, ia menelusuri Dataran Ganga di tengah India (daerah mengalirnya Sungai Ganga dan anak-anak sungainya), sembari menyebarkan ajarannya kepada sejumlah orang yang berbeza-beza.

Keengganan Buddha untuk mengangkat seorang pewaris atau merasmikan ajarannya mengakibatkan munculnya banyak aliran dalam tempoh 400 tahun selanjutnya: mula-mulanya aliran-aliran mazhab Buddha Nikaya yang sekarang hanya masih tersisa Theravada, dan kemudian terbentuknya mazhab Mahayana, sebuah gerakan seluruh Buddhisme yang didasarkan pada penerimaan kitab-kitab baru.